Tuesday, November 1, 2011

L.I.F.E J.U.S.T A T.E.S.T

Assalamualaikum wbt...

Sudah lama tidak menukil apa-apa dilaman ini.. mungkin dah bersawang rasanya kalau boleh dilihat dengan masa kasar..

Astaghfirullahal'azim... Astaghfirullahal'azim.. Astaghfirullahal'azim..

Hanya yang mengetahui diri ini bahawa sentiasa lemah atau kuat adalah Allah.. Dia yang tahu betapa naik dan turunnya gelora dan gelombang iman hati ini..

Baru-baru ni sempat bertemu kakak senior di ibu negara sebelum ke program Ijtima tarbawi.. walaupun hanya sekejap perjumpaan kami.. tetapi terlalu banyak isi yang dapat kami kongsi bersama..mendengar cerita pengalaman-pengalamannya.. menjadikan saya berfikir, jika saya berfikir ujian yang diberi oleh Allah kepada saya adalah yang paling berat dan tak sanggup lagi nak menanggungnya... rupanya kita akan rasa bersyukur sangat kerana Allah hantarkan kepada kita seseorang supaya ada lagi orang lebih kuat dan berat ujiannya... [ya, ujiannya lebih berat dari saya..]

Seterusnya saya mengikuti program ijtima tarbawi bersama adik-adik, meneguk mutiara-mutiara ilmu tarbiyyah secara terus daripada Tuan Guru Nik Aziz dalam kuliah maghribnya.. bila dapat berjumpa dan mengikuti kuliah bersama orang yang kita kagum dan sanjungi memang sangat membahagiakan bagi saya.. banyak lagi ilmu dan maklumat yang dapat diambil semasa program tersebut.. saya cuba meletakkan bahawa program seperti ini sebagai aktiviti yang wajib saya sertai. insya Allah semoga Allah thabatkan hati saya dan kalian.

Bila saya pulang ke tempat pengajian, saya banyak bermuhasabah untuk diri.. bahawa disisi kita ini yang paling dekat adalah Allah.. kita tak akan terasa bahawa Allah sentiasa ada dengan kita apabila kita tidak berhenti sejenak daripada segala kesibukan duniawi kita dan fokuskan kepada matlamat yang sedia ada.. kadang-kadang kita mengejar sesuatu yang tidak pasti dan mungkin tidak akan terjadi.. maka pasrah dan redhailah.. pengharapan yang sungguh-sungguh ada dikurniakan hati yang KUAT dan TABAH dalam mengharungi cubaan dunia ini.. ya.. LIFE JUST A TEST..

DALAM Hadith Hurairah,“Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”

kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4832

Bila kita merasakan ujian kita yang membuatkan kita putus asa dengan hidup ini dan ingin menamatkan hidup ini dengan cara yang paling hina bagi Allah...maka istighfarlah kepada Allah sebanyak-banyaknya agar ditebalkan iman dan Allah jualah yang mencampakkan ketenangan dalam hati itu walaupun insan yang kita sayang berada disisi kita.. sedarlah bila kita sudah tewas dan menyerah, syaitan akan gembira dan ketawa..kerana itulah matlamatnya dibiarkan tinggal didunia ini sehingga kiamat. ia akan cuba memesongkan akidah kita.. bertahanlah..

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (2:286)

Allah sentiasa ada bersama kita walaupun tiada sesiapa pun ingin bersama dengan kita dalam senang ataupun susah.. Allah tidak pernah meninggalkan kita.. Allah tidak pernah meninggalkan kita.. cuma kadang-kadang kita meninggalkan Allah apabila Allah uji kita dengan sedikit kesenangan dan kelapangan... ya.. sesungguhnya ujian kesusahan @ kesakitan itu membuatkan kita banyak mengingati Allah, semoga ujian kesenangan dan kelapangan menjadikan kita insan yang sentiasa mengingatiNya dan bersyukur dengan nikmat-nikmatnya..

Itulah, saya masih merasakan iman saya masih ditahap yang rendah.. kagum dengan insan yang mempunyai keimanan yang hebat dan tinggi. Allah sampaikan doaku ini.. semoga ditingkatkan iman dan amal.

Akhir sekali, secara fitrahnya kita tidak boleh bersendirian.. saling memerlukan antara satu sama lain, yang menyebabkan saya sayang kepada mereka-mereka, kerana mereka mengingatkan saya kepada Allah, iman dan Islam.. saya bersyukur dikurniakan ukhwah bersama mereka, jangan biarkan saya hanyut. amin ya Rabb..

Doa saya kepada insan yang saya sayang kerana Dia:

ya Rabb... jadikan diriku dan insan-insan yang kusayangi keranaMu agar menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur...

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." (Surah an-Nahl, ayat 144)

"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan
(kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." (Surah an-Nahl, ayat 78)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home